Legenda Olympiakos meninggal dunia

ATHENS, 18 OGOS – Savvas Theodoridis penjaga gol yang menjadi tonggak penting dalam pasukan Olympiakos yang cemerlang semasa 1950an dan awal 1960an, telah meninggal dunia kelmarin pada usia 85 tahun.

Theodoridis telah membuat 12 penampilan untuk Greece dan bertugas sebagai naib presiden dan pengurus besar Olympiakos sehingga menjadi presiden kehormat pasukan Piraeus.

“Ahli anggota dari keluarga Olympiakos telah meninggalkan kita hari ini. Savvas dan saya mempunyai ikatan yang istimewa dan saling memahami, di luar dan di dalam padang,” kata ketua Olympiakos, Evangelos Marinakis.

“Sentiasa berada di sisi Olympiakos, dia sentiasa menawarkan khidmatnya dalam berbagai-bagai posisi, menjalankan tugas sebagai naib presiden dan pengurus besar serta dia telah menjuarai tujuh piala domestik,” menurut kenyataan dari kelab.

Bulan lalu dia menyambut kejayaan trofi kelab ke-45 di mana ia telah didedikasikan kepadanya oleh Marinakis. – AFP