Legenda polo air meninggal dunia

BUDAPEST, 19 JUN – Juara polo air Olimpik tiga kali Hungary, Tibor Benedek telah meninggal dunia setelah sekian lama sakit di usia 47 tahun, kata persekutuan sukan tempatan dalam satu kenyataan kelmarin.

“Kematiannya meninggalkan kesan yang tidak terganti dan tidak dapat ditandingi untuk dunia polo air dan peminat,” kata Persekutuan Polo Air Hungary.

Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia, dia terpilih sebagai pemain Hungary terbaik abad ini pada tahun 2000. Semasa kerjayanya yang gemilang, Benedek tangan kidal memimpin pasukan Hungary yang hampir tidak terkalah meraih tiga pingat emas Olimpik berturut-turut dari tahun 2000 hingga 2008.

Dia bermain di Itali untuk sebahagian besar karier kelabnya, memenangi empat gelaran Euroleague dan empat gelaran Piala Super LEN dengan Pro Recco, sebelum bersara pada tahun 2012.

Tahun berikutnya dia menjadi jurulatih Hungary bagi Kejohanan Dunia, 10 tahun selepas dia memenangi gelaran yang sama sebagai pemain. – AFP