Leicester dapatkan pemain Roma secara pinjaman

LONDON, 20 SEPT – Leicester City telah menandatangani pemain sayap Turki, Cengiz Under secara pinjaman selama semusim dari Roma hari ini.

Perpindahan tersebut tertakluk kepada Liga Perdana Inggeris dan pelepasan antarabangsa, dengan Leicester dilaporkan mempunyai pilihan untuk membeli Under apabila perjanjian pinjamannya tamat.

Pemain berusia 23 tahun itu bakal menyertai rakan sepasukan baharunya dan pengurus Brendan Rodgers menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menentang Burnley.

“Saya tidak sabar untuk pergi ke Leicester dan memulakan latihan. Saya sentiasa teringin bermain di England dan ini adalah peluang yang hebat untuk bermain di EPL.

Under membuat penampilan untuk Turki ketika berusia 19 tahun dan akan bermain bersama-sama dengan rakan senegaranya, Caglar Soyuncu. – AFP