Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Leicester terikat 1-1 dengan Roma

    PARIS, 29 APRIL – Jaringan sendiri Gianluca Mancini pada separuh masa kedua memberikan Leicester City keputusan seri 1-1 menentang pasukan Jose Mourinho, Roma pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Persidangan Eropah awal pagi tadi, manakala Feyenoord berjaya menewsakan Marseille dalam perlawanan sengit yang menyaksikan lima gol dicipta.

    Mancini mendapat sentuhan terakhir bola pada pertengahan separuh masa kedua apabila dia cuba menghalang sepakan bola rendah Ademola Lookman yang dihantar ke dalam kotak penalti oleh Harvey Barnes.

    Leicester menyamakan kedudukan dalam separuh akhir Eropah pertama mereka selepas Lorenzo Pellegrini meletakkan kedudukan Roma dihadapan di Stadium King Power.

    Perlawanan itu, yang mempertemukan Mourinho menentang Brendan Rodgers, bekas anak didiknya dalam kakitangan kejurulatihan di Chelsea, kini seimbang menjelang pertemuan timbal balik minggu depan di Itali.

    Mourinho berharap untuk menambah trofi Eropah tier ketiga yang baharu kepada koleksinya setelah memenangi dua Liga Juara-Juara, Piala UEFA dan Liga Europa semasa tempoh pengurusannya, dan Roma memulakan perlawanan dengan baik.

    Roma mendahului pada suku jam apabila Nicola Zalewski mengutip bola di sebelah kiri dan membawanya ke hadapan sebelum membuat hantaran kepada kapten Pellegrini untuk merembat rendah melepasi Kasper Schmeichel di gawang Leicester.

    Pemenang Piala FA musim lalu, yang tersungkur ke Liga Persidangan selepas tersingkir dari Liga Europa pada peringkat kumpulan, menerima tamparan apabila Timothy Castagne terpaksa dikeluarkan pertengahan separuh masa pertama.

    Lookman menguji penjaga gol Rui Patricio dari jarak jauh hanya selepas setengah jam tetapi pemain pertukaran Barnes pada separuh masa kedua terbukti penting dalam mengembalikan pasukan Liga Perdana itu kepada kedudukan yang sama.

    Barnes menggantikan Marc Albrighton pada masa yang sama Kelechi Iheanacho diturunkan untuk Jamie Vardy, penyerang veteran itu membuat permulaan pertama sejak awal Mac berikutan kecederaan terbarunya. – AFP

    Aksi pemain tengah Itali dari Roma, Lorenzo Pellegrini merembat bola melepasi penjaga gol Leicester City untuk menjaringkan gol pembukaan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...