Leigthon Baines bersara

LONDON, 27 JULAI – Pemain pertahanan Everton, Leighton Baines mengumumkan persara-annya setelah perlawanan hari terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini semalam.

Bekas pemain antarabangsa England, Baines, yang menghabiskan 13 tahun bersama Everton, mengesahkan akan mengantung but selepas membuat penampilan terakhir sebagai pemain gantian selama 20 minit dalam kekalahan 3-1 menentang Bournemouth di Stadium Goodison Park semalam.

Pemain pertahanan kiri berusia 35 tahun itu telah membuat 420 penampilan untuk Everton setelah menyertai dari Wigan pada tahun 2007.

Dia telah mewakili England sebanyak 30 kali dan membuat penampilan di Piala Dunia 2014.

Baines bermain hanya 17 kali dalam dua musim terakhirnya di Everton setelah Lucas Digne mengambil alih sebagai pemain pilihan utama Everton di posisi yang sama. – AFP