Leipzig berjaya tundukkan The Citizens

LEIPZIG, JERMAN, 8 DIS – Kyle Walker dilayangkan kad merah di akhir perlawanan semasa Manchester City dikejutkan dengan kekalahan 2-1 menentang RB Leipzig, namun City masih layak mara ke 16 pasukan terakhir saingan Liga Juara-Juara sebagai pemenang peringkat kumpulan.

Walker buang padang tujuh minit sebelum tamat perlawanan kerana menendang penyerang Leipzig Andre Silva, yang telah menggandakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah selepas Dominik Szoboszlai meletakkan Leipzig mendahului pada separuh masa pertama.

“Hari ini kita telah menunjukkan keberanian dan kami mampu menewaskan mana-mana pasukan,” kata Szoboszlai kepada DAZN.

Sebelum Walker layangkan kad merah, City berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Riyad Mahrez melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol, Peter Gulacsi, yang sebelum ini telah berhasil menyelamatkan beberapa percubaan.

Walker akan digantungkan untuk perlawanan pusingan pertama kelompok 16 terakhir.

“Sekarang ini, kita tidak tahu apa yang tidak kena, kami akan duduk dan menganalisis perkara ini,” kata pemain bek kiri belakang City, Oleksandr Zinchenko.

“Kami telah menang bagi kelompok itu sebelum perlawanan yang tiada kaitan dengan prestasi kami.”

Walaupun PSG menang dengan 4-1 menentang kelab Brugge, City akan mara ke undian Isnin sebagai pemenang kelompok A sementara pemenang ketiga Leipzig akan mara di peringkat kalah mati dalam Liga Europa.

Selepas wisel penamat, jurulatih City Guardiola yang sedang berada di sisi tidak dapat menyorokkan rasa kekecewaan di Red Bull Arena yang hampir sepi itu sepanjang perlawanan di belakang pintu tertutup berlangsung disebabkan kes COVID-19 di Saxony.

“Kami sudah layak dengan baki satu perlawanan jadi saya berpuas hati dengan di setiap perlawanan Eropah,” katanya. – AFP

Aksi pemain Leipzig, Dominik Szoboszlai ketika menjaringkan gol pembukaan menentang Manchester City dalam perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan A di Red Bull Arena kelmarin. – AP