Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Leipzig mampu ganggu musim Bayern

    BERLIN, 19 OGOS – Penyerang RB Leipzig, Timo Werner berkata pasukannya mempunyai kualiti ‘mengganggu’ juara bertahan Bundesliga, Bayern Munich musim ini, meskipun mereka memulakan musim ini agak perlahan.

    Bayern dan Borussia Dortmund masing-masing memulakan dua perlawanan pada kempen ini dengan kemenangan, sementara Leipzig, Eintracht Frankfurt dan Bayern Leverkusen masing-masing berjaya mengutip tiga mata antara mereka.

    Leipzig, yang akan berkunjung ke Union Berlin esok, menduduki tangga ke-11 selepas mencatatkan dua keputusan seri.

    Leipzig berjaya merangkul trofi pertama dengan menjulang Piala Jerman pada Mei dan dijangka akan memberi cabaran kepada Bayern untuk merebut kejuaraan pada musim ini – jangkaan semakin diperkukuh dengan kepulangan Werner dari Chelsea.

    Werner berkata ia adalah sukar untuk menghalang Bayern daripada memenangi gelaran ke-11 berturut-turut, tetapi menegaskan pasukannya cukup bagus untuk memberikan tentangan.

    “Seperti yang kita lihat dalam kebanyakan liga, ia adalah tidak mustahil untuk pasukan lain menjadi juara,” katanya.

    “Saya rasakan kami mempunyai kualiti yang mencukupi untuk mengganggu musim Bayern dan Dortmund.”

    Dalam enam musim sejak dipromosikan ke Bundesliga pada 2016-2017, Leipzig berjaya menamatkan di kedudukan kedua sebanyak tiga kali di Bundesliga.

    “Kami mempunyai skuad yang hebat dan boleh menghasilkan sesuatu…Kami boleh mengecap banyak kejayaan dengan pasukan ini – yang turut menyasarkan kejuaraan Bundesliga.” – AFP

    Timo Werner berkata Leipzig mempunyai kualiti ‘mengganggu’ Bayern Munich musim ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...