Lelaki ancam pejalan kaki mati ditembak

COPENGHAGEN, 9 NOV – Seorang lelaki yang dilaporkan bersenjatakan pisau mengancam pejalan kaki di jalanan ibu kota Norway, Oslo, hari ini, sebelum ditembak mati oleh polis, menurut pegawai.

Media tempatan menerbitkan rakaman yang didakwa penyerang mengayunkan pisau. Polis pada awalnya memberitahu bahawa orang ramai yang melintas kawasan tersebut tercedera, namun kemudian berkata hanya seorang anggota polis yang mengalami kecederaan ringan.

“Kami setakat ini tiada maklumat mengenai kejadian berkaitan pengganasan,” Ketua Polis, Egil Joergen Brekke memberitahu semasa sidang media. “Kejadian ini dilihat sebagai tindakan bersendirian, jadi tidak perlu bimbang mengenai keselamatan bandar ini. Suspek ini kami kenali dan mempunyai sejarah lampau,” katanya.

Laporan pertama dibuat kepada polis sebelum 9 pagi di mana seorang lelaki yang membawa pisau berlari mengejar seseorang, Brekke berkata. Kereta polis peronda berhampiran kejiranan Bislett di utara Oslo bergegas ke tempat kejadian dan cuba menghalang lelaki tersebut sebelum dia berhenti di antara kedai bunga dan kafe.

‘Beberapa das tembakan’ dilepaskan namun tidak menyebutkan secara tepat sama ada pegawai polis yang berada di kereta itu yang melepaskan tembakan. – AFP