Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lelaki Australia dihukum penjara 129 tahun

    MANILA, 9 NOV – Seorang lelaki warganegara Australia telah dijatuhkan hukuman penjara 129 tahun di Filipina sebagai sebahagian daripada kes penderaan seksual kanak-kanak yang membabitkan mangsa seawal 18 bulan, menurut pendakwa raya hari ini.

    Ini merupakan sabitan kedua bagi Peter Gerard Scully, yang sebelum ini sudah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup bagi pertuduhan awal membabitkan rogol dan pemerdagangan remaja wanita. Filipina menjadi tumpuan global bagi eksploitasi seks kanak-kanak, yang berpunca daripada kemiskinan, fasih berbahasa Inggeris dan sambungan internet yang pantas di negara itu, pakar memberi amaran.

    “Saya berharap hukuman ini akan memberi mesej tegas kepada semua pendera, pemerdagangan manusia, bahawa jenayah ini mendapat balasan setimpal,” kata Merlynn Barola-Uy, pendakwa raya serantau di bandar selatan Cagayan de Oro, memberitahu AFP.

    Mahkamah Cagayan de Oro telah menjatuhkan hukuman pada 3 November selepas Scully dan tiga orang tertuduh bersamanya menandatangani perjanjian rundingan pengakuan. Kesemua mereka telah didakwa dengan 60 kesalahan, termasuk pemerdagangan, pornografi dan penderaan kanak-kanak serta rogol.

    Teman wanita Scully, Lovely Margallo, juga dijatuhkan hukuman penjara 126 tahun. Dua lainnya dihukum penjara lebih daripada sembilan tahun.

    Mangsa dan keluarga mangsa bersetuju dengan keputusan hukuman itu dan menganggapnya sebagai ‘kemenangan besar’, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat pendakwa raya wilayah di laman Facebook.

    “Mereka ingin menamatkan fasa gelap dalam kehidupan mereka dan cuba meneruskan hidup,” tambah kenyataan. – AFP

    Gambar fail diambil menunjukkan Peter Scully meninggalkan mahkamah selepas didakwa dengan tuduhan merogol dan pemerdagangan orang. Dia dijatuhkan hukuman penjara 129 tahun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...