Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lelaki bakar diri dalam protes bahasa

    NEW DELHI, 27 NOV – Seorang lelaki oktogenarian membakar dirinya hingga mati di selatan India sebagai protes terhadap apa yang disebutnya percubaan New Delhi untuk mengenakan penggunaan Bahasa Hindi di seluruh negara, bahasa yang kebanyakannya dituturkan di utara, kata polis hari ini.

    Bahasa ialah isu beremosi di India di mana beratus-ratus bahasa dan dialek dituturkan, tetapi Bahasa Inggeris berfungsi sebagai bahasa rasmi utama, manakala kerajaan negeri menggunakan bahasa serantau. Menurut bancian terbaharu pada 2011, kurang separuh daripada warga India berbahasa Hindi – kurang daripada 44 peratus.

    Namun, bulan lalu sekumpulan ahli parlimen yang diketuai oleh menteri dalam negeri yang berkuasa, Amit Shah dilaporkan mengesyorkan menjadikan Hindi sebagai bahasa rasmi negara, termasuk untuk pendidikan teknikal seperti perubatan dan kejuruteraan. – AFP

    Saudara-mara bersedia melakukan upacara terakhir untuk Thangavel yang bunuh diri sebagai membantah pelaksanaan bahasa Hindi di kampung Thalzhaiyur di Mettur di negeri Tamil Nadu, India. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...