Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Bangladesh dipenjara, sebat

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga kali sebatan ke atas seorang lelaki warga Bangladesh atas kesalahan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

    Ketua Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu ke atas Ashad Miah, 39, yang mengaku bersalah tinggal selama 1,040 hari di negara ini selepas pas kerja yang dikeluarkan kepadanya mansuh pada 6 Julai 2014.

    Pegawai Pendakwa Imigresen, Haji Sufri bin Amadi memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh menyerah diri ke Unit Penguatkuasaan Imigresen, Kuala Belait pada 11 Mei 2017.

    Siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh tiba di negara ini pada 8 Mac 2012 dengan pas kerja sebagai buruh di bawah sebuah syarikat.

    Majikan tertuduh pada 5 Julai 2014 telah membuat laporan kepada bahagian imigresen bahawa tertuduh telah melarikan diri.

    Tertuduh mengaku melarikan diri kerana mempunyai banyak hutang dan juga memerlukan duit untuk pembiayaan perubatan bapanya.

    Tertuduh telah bekerja di beberapa tapak pembinaan selepas melarikan diri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda