Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Bangladesh dipenjara tinggal lebih tempoh

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Seorang lelaki warga Bangladesh yang berdepan dakwaan tinggal melebihi tempoh di negara ini, dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret.

    Alkas Habir Miah, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Hajah Noor Amalina binti Dato Paduka Haji Alaihuddin kerana tinggal selama 159 hari di negara ini, selepas pas kerjanya mansuh pada 6 Mac 2017.

    Mengikut fakta kes, defendan menyerah diri ke bahagian penguatkuasaan imigresen Kuala Belait pada 12 Ogos 2017, yang mana siasatan mendapati defendan sebelum ini dilaporkan melarikan diri daripada majikannya.

    Defendan berada di negara ini pada Mac 2015 di bawah pas kerja yang sah sehingga 6 Mac 2017 sahaja sebagai pekerja binaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda