Wednesday, December 6, 2023
32.4 C
Brunei

    -

    Lelaki bawa kapak serbu NY Times

    NEW YORK, 18 NOV – Seorang lelaki bersenjatakan kapak dan pedang memasuki lobi bangunan New York Times semalam dan meminta untuk bercakap dengan pihak dari bahagian politik.

    Pegawai Jabatan Polis New York bergegas ke bangunan Times di tengah bandar Manhattan sejurus selepas tengah hari sebaik mendapat panggilan 911 mengenai seorang lelaki bersenjata.

    Sebaik tiba, pasukan keselamatan bangunan memaklumkan bahawa lelaki yang membawa dua senjata itu membuat permintaan untuk bercakap dengan kakitangan akhbar bahagian tertentu.

    Suspek kemudian dibawa ke hospital untuk penilaian. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...