Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lelaki bebas tuduhan selepas jadikan kakitangan bank tebusan

    BEIRUT, 17 OGOS – Pertuduhan terhadap seorang lelaki Lubnan yang menjadikan kakitangan bank sebagai tebusan di Beirut minggu lalu telah digugurkan.

    Lelaki tersebut yang menuntut akses kepada simpanannya yang terperangkap dibebaskan daripada tahanan. Hakim Ghassan al-Khoury memerintahkan pembebasan Bassam al-Sheikh Hussein, yang melakukan serbuan di cawangan Bank Persekutuan, Beirut dengan senapang, selepas bank tersebut menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

    Seorang pegawai kehakiman memberitahu AFP bahawa Hussein telah dibebaskan tetapi masih meng-hadapi kemungkinan tuduhan oleh kerajaan.

    Berikutan kebuntuan selama berjam-jam di bank tersebut pada Khamis lalu, Hussein menyerahkan dirinya selepas bank bersetuju membenarkan dia mengeluarkan AS$30,000 daripada lebih AS$200,000 simpanannya yang telah dibekukan, lapor media setempat.

    Dia mengambil tindakan drastik untuk mengakses simpanannya agar dia boleh membayar pembedahan untuk bapanya.

    Hussein telah mendapat pujian sebagai wira oleh rakyat Lubnan yang menyalahkan elit politik dan perbankan negara itu atas krisis kewangan yang mendapat gelaran antara bank paling teruk pada zaman moden oleh Bank Dunia. – AP

    Pekerja bank semasa di luar Bank Perseketuan Lebanon setelah menjadi tawanan seorang lelaki bersenjata pada 11 Ogos lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...