Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lelaki berbelanja AS$23,000 untuk jadi ‘serigala’

    JEPUN, 3 JAN – Seorang lelaki dilaporkan membelanjakan kira-kira tiga juta yen (AS$23,000) untuk kostum serigala buatan tangan bagi memenuhi impiannya menjadi seekor serigala.

    Menurut laporan Oddity Central, Zeppet, syarikat Jepun mengkhususkan kesan dan model khas, menjadi tajuk berita tahun lalu, apabila mendedahkan bahawa ia telah menghasilkan sut anjing khas untuk seorang pelanggan yang ingin hidup seperti seekor anjing.

    “Disebabkan minat mendalam saya terhadap haiwan sejak kecil dan sut haiwan realistik di televisyen, saya mengimpikan untuk memakainya suatu hari nanti,” tulis pelanggan yang tidak dinyatakan namanya, namun gambarnya memakai kostum itu didedahkan di laman sesawang Zeppet.

    “Selepas mencubanya buat kali terakhir, saya betul-betul kagum atas perubahan diri saya di hadapan cermin. Ia merupakan saat di mana impian saya menjadi kenyataan.”

    Zeppet dilaporkan mengambil masa lima hari menyiapkan projek tersebut. Kakitangan syarikat ‘melihat imej serigala sebenar untuk membincangkan butiran terperinci’ dan bagaimana untuk menampilkannya di dalam kostum itu. – Agensi

    Pelanggan yang membuat tempahan kostum serigala memperagakan hasil ciptaan Zeppet. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...