Lelaki berdepan 14 tuduhan menipu

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Mahkamah Majistret hari ini, mengemukakan semula satu kes berkaitan penipuan wang melibatkan seorang lelaki terhadap seorang lelaki warganegara asing dengan menjanjikannya untuk mendapatkan status sebagai penduduk tetap.

Sebanyak 14 pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali ke atas Zaini bin Haji Mirasan, 56, atas tuduhan melakukan penipuan terhadap seorang lelaki warganegara asing melibatkan sejumlah wang, kurang daripada $50,000 dan menjanjikan bantuan kepada lelaki tersebut dalam permohonan mendapatkan statusnya sebagai penduduk tetap.

Tertuduh melakukan penipuan-penipuan berkenaan antara 2012 sehingga 2016.

Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar melepaskan tertuduh dengan ikat jamin dan menetapkan tarikh 1 Julai 2020 depan bagi kes disebut semula.