Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lelaki beristeri 12 enggan tambah anak

    KAMPALA, 2 JAN – Seorang lelaki dari Uganda terpaksa meminta kesemua isterinya menggunakan pil perancang bagi mengelakkan kelahiran cahaya mata baharu.

    Menurut laporan portal Oddity Central, Mzee Musa Hasahya, 67, berkata, dia sudah cukup berpuas hati dikurniakan 102 anak dan 568 cucu hasil perkahwinan dengan 12 isteri.

    Jelasnya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan keluarganya bertambah besar supaya mereka mampu membeli makanan dan barangan keperluan.

    “Saya tidak boleh bertolak-ansur dengan kesemua isteri lagi melahirkan anak kerana keadaan ekonomi.

    “Saya sudah menasihatkan mereka membuat perancangan keluarga. Saya juga tidak menggalakkan orang ramai berkahwin lebih daripada empat isteri kerana situasi ekonomi tidak baik,” katanya.

    Musa dan kesemua ahli keluarganya tinggal di rumah yang mempunyai 12 bilik di sebuah perkampungan di Lusaka. Walaupun pada awalnya dia membesar dalam keadaan papa kedana, dia berjaya keluar daripada paras kemiskinan, mengumpul harta kekayaan dan meningkatkan darjat sehingga dipilih sebagai pengerusi kampung selama beberapa dekad.

    Musa berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1971, pada umur 16, dan terus berkahwin sehingga bilangan isterinya meningkat kepada 12 orang. Menariknya, anak sulung Musa adalah 21 tahun lebih tua berbanding isteri Musa yang paling muda, Zabina, 28, yang mendakwa walaupun berusia 67 tahun, suaminya mempunyai tenaga seperti pemuda berusia 25 tahun.

    Dia juga menambah bahawa Musa ialah seorang suami yang penyayang, meluangkan masa bersama setiap isterinya dan tidak pernah berlaku curang. – Agensi

    Musa (kanan), bersama ahli keluarganya di Lusaka. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...