Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki berkaitan serangan Barcelona ditangkap

    MADRID, 22 Sept – Polis Sepanyol telah menangkap seorang lelaki Maghribi yang disyaki bekerjasama dengan sindiket di sebalik serangan yang membunuh 16 orang di Barcelona dan pusat peranginan tepi pantai lain bulan lalu, kata kementerian dalam negeri hari ini.

    Lelaki berusia 24 tahun yang ditahan di bandar timur Castellon adalah rapat dengan beberapa anggota kumpulan itu, terutamanya Abdelbaki Es Satty, seorang imam Maghribi yang dipercayai meradikalkan remaja yang menjalankan serangan itu, katanya dalam satu kenyataan.

    Dia dipercayai telah membantu sindiket itu memperoleh bahan-bahan yang mereka gunakan untuk membuat 100 kilo (220 paun) bahan letupan TATP dan membekalkan mereka dengan kenderaan untuk mengangkutnya.

    “Beberapa anggota sindiket itu didapati membantu suspek, yang sekurang-kurangnya memberikan dokumen-dokumen identifikasi peribadi yang mereka gunakan untuk membeli hidrogen peroksida, satu bahan penting untuk membuat TATP,” katanya.

    “Selain itu, dia juga menyediakan pengganas dengan kaedah pengangkutan yang digunakan untuk memindahkan sebahagian letupan.”

    TATP menjadi bahan letupan pilihan oleh kumpulan Islamic State (IS) ketika ia dengan mudahnya diperbuat daripada bahan-bahan seperti aseton dan air beroksigen yang boleh didapati di gedung-gedung jalanan.

    Para penyiasat menemui 15 kilo bahan letupan di sebuah flat berhampiran Brussels selepas serangan bunuh diri di bandar Belgium pada Mac 2016. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda