Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lelaki bermotosikal tembak mati 9 di selatan Iran

    TEHRAN, 17 NOV – Penyerang bermotosikal menembak mati sembilan orang, termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak semasa protes, dalam dua kejadian berasingan di selatan Iran, lapor media kerajaan.

    Tiga suspek diberkas dan pemburuan bagi beberapa yang lain dilancarkan kelmarin selepas serangan pertama ke atas pembantah dan pasukan keselamatan di Izeh, kata pegawai kanan kehakiman di wilayah Khuzestan.

    Dalam serangan berasingan empat jam kemudian di bandar ketiga terbesar, Isfahan, dua penyerang bermotosikal turut melepaskan tembakan senjata automatik ke atas pasukan separa tentera, Basij, membunuh dua orang dan mencederakan dua lagi yang lain, agensi berita Fars melaporkan.

    Angka kematian serangan bantahan kematian Mahsa Amini itu meningkat kepada tujuh orang dan lapan lagi cedera, lapor agensi berita IRNA. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...