Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Berakas telah menghadapkan satu kes melibatkan pencerobohan jenayah yang dilakukan oleh seorang lelaki warga tempatan ke Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin.
Suspek yang dikenali sebagai Mohd Hadri bin Haji Abdul Raub berusia 32 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah dipercayai terlibat dalam satu kes ceroboh di Kampung Delima, Jalan Kebangsaan.
Hasil daripada sebutan kes, tertuduh telah mengaku bersalah dan pihak mahkamah telah menetapkan 1 April 2019 untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.
PDB memohon kerjasama orang ramai agar sentiasa menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan yang melanggar undang-undang di persekitaran kediaman melalui talian kecemasan 993 atau melaporkan ke balai-balai polis yang berdekatan.





























