Lelaki bersama dadah ditahan di Miri

MIRI, 21 Jan – Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sebuah bilik sewa di Pusat Komersial Centrepoint Fasa 1, Jalan Melayu, di sini pada pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek seorang warga tempatan berusia 39 tahun turut menjalani saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik suspek telah menjumpai satu beg kulit coklat yang mengandungi enam peket dadah methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan petang ini. – Bernama