Lelaki bersenjata amuk diberkas

OSLO, 22 OKT – Polis Norway memberkas seorang lelaki bersenjata, yang menurut laporan media, mengamuk di Oslo hari ini dalam sebuah ambulans dicuri, melanggar pejalan kaki termasuk seorang anak damit dalam kereta sorong.

“Kami telah merampas sebuah ambulans yang dicuri oleh lelaki bersenjata,” kata polis Oslo di Twitter.

“Tembakan dilepaskan untuk menahan suspek, dia tidak mengalami kecederaan serius,” tambah mereka.

Beberapa orang dirempuh oleh lelaki itu, termasuk seorang anak damit dalam kereta sorong yang kini sedang dirawat di hospital, kata penyiar NRK.

Gambar televisyen menunjukkan kereta sorong terbalik terletak di tepi papan tanda lampu isyarat yang tumbang.

Polis menembak pada tayar ambulans dan pemandu membalas tembakan, beritahu saksi kepada NRK. – AFP