Lelaki bersenjata bunuh empat di hotel Mexico

LA PAZ, Mexico, 8 Jan – Seorang lelaki bersenjata memecah masuk ke sebuah hotel di kawasan peranginan Los Cabos yang popular di pantai Pasifik barat laut Mexico, membunuh tiga lelaki dan seorang wanita, kata pihak berkuasa hari ini.

Pembunuhan berlaku di sebuah hotel kecil di San Jose del Cabo, salah satu daripada bandar-bandar di Los Cabos. Kawasan ini sangat popular dengan pelancong Amerika yang sering mengunjungi tempat tersebut.

Pihak berkuasa di negeri Baja California Sur berkata tiga lelaki ditemui mati di dalam bilik, dan seoang wanita itu mengalami cedera yang serius dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Tidak ada motif diberikan bagi jenayah itu, tetapi kadar jenayah kekerasan Mexico adalah tinggi dan kawasan pantai Pasifik telah menyaksikan banyak pertumpahan darah disebabkan oleh kartel dadah yang bersaing bagi penguasaan. – AFP