Lelaki bersenjata cetus kekecohan

ACAPULCO, MEXICO, 22 JULAI – Lelaki bersenjata membunuh lima lelaki dan mencederakan enam lagi lainnya di sebuah kawasan popular di Acapulco kelmarin, satu lagi siri keganasan terbaharu bagi bandar peranginan pantai pasifik yang terkenal itu.

Pejabat pendakwa negeri Guerrero berkata penembakan itu berlaku pada waktu pagi di sebuah kawasan yang terletak di kawasan pantai di seberang jalan dari hotel di tepi pantai.

Semua mangsa dikatakan penduduk Acapulco. Pemeriksa forensik menemui 21 peluru dari tempat kejadian, yang dikepung oleh tentera dan polis. Seorang suspek telah ditangkap. – AP

Askar dari Pengawal Kebangsaan, Pegawai Polis Negeri Guerrero dan Pegawai Polis Perbandaran Acapulco menjaga kawasan di mana lelaki bersenjata membunuh dan mencederakan ramai orang di Acapulco, Mexico, pada 21 Julai lalu. – AP