Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki bersenjata culik 140 pelajar asrama

    KADUNA, NIGERIA, 5 JULAI – Lelaki bersenjata telah menculik 140 pelajar dari sebuah sekolah asrama di timur laut Nigeria, kata pegawai sekolah hari ini, insiden terbaharu dalam beberapa siri penculikan yang menyasarkan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

    Geng penjenayah sering menyerang kampung untuk mencuri haiwan ternakan dan menculik untuk mendapatkan wang tebusan di barat laut dan tengah Nigeria, namun sejak awal tahun ini, mereka sering menyasarkan sekolah dan kolej.

    Penyerang memanjat pagar untuk memecah masuk ke Sekolah Tinggi Baptist Bethel di negeri Kaduna pada awal pagi ini, menculik kebanyakan daripada 165 pelajar yang tinggal di sana.

    “Penculik membawa 140 pelajar, hanya 25 pelajar yang berjaya melarikan diri. Kami masih tidak tahu di mana pelajar dibawa,” beritahu Emmanuel Paul, guru sekolah kepada AFP.

    Jurucakap polis negeri Kaduna Mohammed Jalige mengesahkan serangan pada awal pagi ini, namun beliau tidak dapat memberikan butir-butir mengenai jumlah pelajar yang diculik.

    “Pasukan polis taktikal sedang memburu penculik,” kata beliau. “Kami masih mengadakan misi menyelamat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda