Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Lelaki bersenjata ditahan libatkan ramai tebusan

    AMSTERDAM, 23 FEB – Seorang lelaki bersenjata yang menahan tebusan selama berjam-jam di Apple Store di Amsterdam menuntut wang tebusan lebih daripada AS$226 juta dalam mata wang kripto sebelum ditahan oleh polis ketika dia mengejar tebusannya keluar dari kedai, kata polis dan pendakwa raya, hari ini.

    Selama lima jam insiden tersebut terjadi, puluhan polis lengkap bersenjata mengepung kedai berkenaan, telah berjaya membebaskan sekitar 70 orang dari bangunan yang menempatkan kedai itu sebelum suspek berkenaan ditahan.

    Ketua Polis Frank Paauw berkata suspek, seorang lelaki berusia 27 tahun dari Amsterdam bersenjatakan pistol dan senjata api automatik serta memakai pakaian penyamaran, berjaya ditangkap oleh polis ketika dia mengejar tebusannya yang melarikan diri. Tebusan tersebut adalah seorang lelaki Bulgaria, kata polis. Mereka juga tidak mendedahkan identitinya.

    “Tebusan tersebut memainkan peranan sebagai wira, dalam beberapa detik sahaja dia miliki, berjaya diselesaikan dalam situasi ini,” kata Paauw dalam sidang akhbar pada awal pagi. “Jika tidak, ia boleh menjadi malam yang sangat panjang dan tidak menyenangkan serta mungkin berlarutan lebih lama,” tambahnya. – AP

    Sebuah ambulans membawa mangsa tebusan yang cedera meninggalkan tempat kejadian di Amsterdam, Belanda, 22 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...