Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Lelaki bersenjata ditembak mati, beberapa cedera

    BERLIN, 24 JAN – Seorang lelaki bersenjata mencederakan beberapa orang di sebuah teater kuliah di bandar Heidelberg di barat daya Jerman hari ini, kata polis.

    Polis berkata dalam satu kenyataan ringkas bahawa pelaku telah mati, tetapi tidak memberikan butiran bagaimana ia berlaku.

    Mereka sebelum ini meminta orang ramai di laman sosial Twitter untuk mengelakkan kawasan Neuenheimer Feld di Heidelberg, di mana terletaknya universiti di bandar tersebut.

    Polis tidak menyatakan berapa ramai orang yang cedera, atau betapa seriusnya.

    Pejabat akhbar universiti itu enggan memberikan sebarang butiran mengenai kejadian itu dan merujuk semua pertanyaan kepada polis.

    Polis berkata, senjata yang digunakan dalam tembakan itu adalah senjata berlaras panjang. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...