Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lelaki bersenjata pisau ditembak mati

    PARIS, 10 OGOS – Pegawai polis menembak mati lelaki yang mengacukan pisau di Lapangan Terbang Charles de Gaulle pagi tadi, kata sumber polis dan lapangan terbang.

    “Pegawai meneutralkan individu mengancam yang memiliki pisau di lapangan terbang berkenaan,” kata jabatan polis Paris dalam akaun Twitternya.

    Sumber daripada lapangan terbang pula berkata, insiden itu berlaku di Terminal 2F yang sibuk pada kira-kira jam 8:20 pagi, apabila seorang gelandangan mula mengganggu anggota keselamatan.

    “Lelaki berkenaan sebelum itu diminta keluar dari lapangan terbang itu bagaimanapun tiba-tiba mengeluarkan pisau dan anggota keselamatan kemudian melepaskan tembakan.

    Seorang jurugambar AFP yang menyaksikan kejadian itu berkata, seorang lelaki mengacukan sesuatu yang kelihatan seperti pisau ke arah polis.

    “Dia diarah polis supaya berhenti tetapi terus mara ke arah mereka, dan seorang daripada pegawai melepaskan satu das tembakan.

    “Lelaki itu segera diletakkan di atas pengusung dan dipindahkan,” kata jurugambar itu.

    Pasukan keselamatan Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap serangan pengganas sejak gelombang pembunuhan jihad yang telah membunuh lebih 250 orang sejak 2015. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pemandangan umum menara kawalan di Lapangan Terbang Roissy-Charles-de-Gaulle, utara Paris. Pegawai polis menembak mati seorang lelaki bersenjatakan pisau di lapangan terbang tersebut kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...