Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki bersenjata serang hotel di Somalia

    HARGEISA, Somalia, 25 Jan – Lelaki-lelaki bersenjata menyerbu sebuah hotel di bandar Somalia selepas pengeboman kereta berani mati meletupkan pagarnya, menurut seorang pegawai polis hari ini.

    Kapten Mohamed Hussein berkata berbelas-belas orang, termasuklah ahli-ahli undangan dikatakan menginap di hotel Dayah, Mogadishu pada ketika serangan pagi.

    Tembakan senjata dapat didengari di dalam hotel itu, menurut Hussein. Dia tidak ada maklumat segera tentang kemalangan jiwa atau kecederaan.

    Tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab di atas serangan itu, namun kumpulan pelampau Islam tempatan, al-Shabab kerap melancarkan serangan seumpama itu. Pada Jun lalu, lelaki-lelaki bersenjata menyerbu Hotel Nasa-Hablod, mengorbankan kira-kira 14 orang.

    Dua minggu sebelum itu, lelaki-lelaki bersenjata telah membunuh 15 orang, termasuklah dua orang anggota parlimen di hotel Ambassador.

    Beberapa warga Somalia melintasi kawasan hotel yang mengalami kerosakan teruk akibat letupan bom kereta di Mogadishu, Somalia, kelmarin. – AP
    Beberapa warga Somalia melintasi kawasan hotel yang mengalami kerosakan teruk akibat letupan bom kereta di Mogadishu, Somalia, kelmarin. – AP

    Al-Shabab, gabungan Al-Qaeda, Afrika Timur, berjuang untuk mengenakan versi ketat Islam di semenanjung timur laut Afrika.

    Di sebalik disingkirkan dari kebanyakan kubu kuatnya, kumpulan itu terus melancarkan serangan maut gerila di sebahagian besar kawasan selatan dan tengah Somalia.

    Awal bulan ini, letupan bom di sebuah restoran di Mogadishu telah mengorbankan tiga orang dan seorang pengebom berani mati meledakkan sebuah kenderaan yang berisi bahan letupan di tempat pemeriksaan keselamatan berhampiran lapangan terbang antarabangsa Mogadishu yang mengorbankan kira-kira tiga orang.

    Letupan itu berlaku beberapa ratus meter dari pangkalan utama misi pengaman Kesatuan Afrika. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda