Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki bersenjata tembak mati tujuh sekeluarga

    JOHANNESBURG, 12 SEPT – Lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak mati tujuh ahli keluarga, termasuk tiga kanak-kanak, di rumah mereka di luar bandar Afrika Selatan, kata polis hari ini.
     
    Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun adalah antara yang dibunuh dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di timur wilayah KwaZulu-Natal semalam, kata polis. Mangsa tertua ialah seorang wanita berusia kira-kira 55 tahun, kata mereka.
     
    Motif serangan di kawasan Highflats, kira-kira 80 kilometer barat laut bandar pantai Durban, belum diketahui.
     
    “Kami sebagai polis yakin bahawa ia adalah satu pembunuhan yang dirancang,” kata pesuruhjaya polis wilayah, Nhlanhla Mkhwanazi kepada pemberita di luar rumah tersebut.
     
    Beberapa mangsa kelihatan ditembak di kepala dan terbaring di atas lantai, katanya.
     
    “Terdapat sejumlah kira-kira 25 peluru yang digunakan,” jelasnya lagi.
     
    Lelaki bersenjata menceroboh masuk ke dalam rumah ketika mereka sekeluarga sedang menonton televisyen. Mereka mengumpan seorang ahli keluarga, yang berada di luar rumah, mengetuk pintu dan kemudian melepaskan tembakan sebaik sahaja ia dibuka.
     
    Afrika Selatan mempunyai salah satu kadar pembunuhan per kapita masa aman tertinggi di dunia. Hampir 6,200 orang dibunuh di negara itu antara April dan Jun, menurut angka polis yang dikeluarkan pada Ogos. – AFP
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda