Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lelaki Britain maut, dibunuh guna sabit

    BANGKOK, 23 JAN – Seorang lelaki Thailand didakwa selepas membunuh seorang warga Britain yang ditikam hingga mati menggunakan sabit padi di barat Thailand, kata polis hari ini.

    Para pegawai berkata dua lelaki minum minuman keras di luar sebuah rumah yang disewa di daerah Muang, Kanchanaburi pada awal pagi kelmarin sebelum insiden berlaku.

    Sabit yang digunakan untuk mengetam padi telah ditemui di tempat jenayah bersama sepasang kasut, lapor media tempatan.

    Seorang lelaki Britain berusia 50 tahun – yang tinggal di Thailand selama lima tahun bersama isterinya warga Thailand – telah ditemui mati berlumuran darah. Rakannya berusia 54 tahun cedera parah dalam serangan itu, kata Thanayut Wuthijarasthamrong, komander polis di wilayah barat.

    Penyerangnya dipercayai seorang lelaki berusia 22 tahun, mempunyai sejarah penyakit mental, lapor media tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...