Lelaki bunuh 5 orang sebelum bunuh diri

BAKERSFIELD, 13 Sept – Seorang lelaki melepaskan tembakan di California semalam, mengorbankan lima orang termasuk isterinya, sebelum membunuh diri.

Kejadian tembakan di beberapa kawasan di Bakersfield, pusat California mungkin adalah ‘satu insiden keganasan domestik’, menurut Sheriff Kern County, Mark King.

Polis menerima panggilan pertama pada pukul 5:15 petang sebelum membuat respons ke lokasi kejadian yang pertama, sebuah syarikat lori, di mana insiden itu bermula.

Tiga orang terkorban di sana dan penembak itu, yang bersenjatakan pistol berkaliber tinggi, telah melarikan diri.

Seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan menyebabkan lima orang terbunuh di California Selatan, semalam, sebelum membunuh diri, kata polis. Menurut Sheriff Donny Youngblood, suspek melepaskan tembakan pertama menyasarkan seorang lelaki di sebuah syarikat lori dan kemudian membunuh isterinya sendiri.

Suasana di tempat kejadian penembakan di ibu pejabat syarikat trak yang mengakibatkan enam orang terkorban di Bakersfield, California pada 12 September 2018. – AFP

Dia kemudian mengejar saksi yang melihat kejadian itu dan membunuhnya juga.

Dia melarikan diri selepas itu dan menembak mati dua orang lagi di kediaman mereka.

Polis kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang berkata dia telah dibawa lari, kata King kepada AFP.

Para pegawai mengejar lelaki tersebut, sebelum keluar dari kereta tersebut dan membunuh diri, tambah King.

King berkata, polis sedang menyiasat di kelima-lima tempat kejadian dan menyoal siasat kira-kira 30 saksi untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu. Nama-nama mangsa belum lagi dikeluarkan oleh pihak polis, namun mereka semua berasal dari kawasan Bakersfield, terletak kira-kira 90 batu dari utara Los Angeles. – AFP