Lelaki bunuh anak dihukum mati

WASHINGTON, 14 JUN – Seorang lelaki Amerika yang disabit bersalah membunuh lima anaknya dijatuhi hukuman mati semalam, walaupun selepas bekas isterinya meminta para hakim supaya melepaskannya kerana anak-anak sayang padanya.

Peguam untuk Timothy Jones, 37, berkata dia menghidapi penyakit skizofrenia dan dengan itu tidak layak untuk dibicarakan.

Jones disabit bersalah pada minggu lalu kerana membunuh lima anaknya, berusia satu hingga lapan tahun, pada 2014. Bekas isterinya mengejutkan mahkamah di Carolina Selatan semalam dengan meminta hakim supaya membenarkan Jones untuk terus hidup.

Pendakwa Rick Hubbard meminta penalti mati dikenakan, memanggil Jones ‘kejam.’ Jones berkata dia sangka anak lelakinya yang berusia enam tahun berkomplot dengan bekas isterinya dan memaksa budak itu bersenam sehingga dia mati.

Dia mencekik empat anaknya yang lain. Jones memandu membawa mayat anaknya dalam kereta selama sembilan hari sebelum membuangnya dalam beg sampah di lereng bukit di Alabama. – AFP