Lelaki bunuh bekas isteri dihukum mati

WASHINGTON, 18 NOV – Seorang lelaki berusia 50 tahun yang disabit bersalah kerana membunuh bekas isterinya dan menyerang anak tirinya secara seksual telah dihukum mati kelmarin di negeri Mississippi selatan AS, kata media tempatan.

David Cox, bekas pemandu trak, dijatuhkan hukuman mati menggunakan suntikan maut di Parchman.

“Saya mahu anak saya tahu yang saya sangat menyayangi mereka dan saya adalah seorang lelaki baik suatu ketika dulu,” kata Cox dalam ucapan terakhirnya, menurut pesuruhjaya penjara Burl Cain dalam laporan akhbar Clarion Ledger.

Pada 2009, isteri Cox, Kim Cox memberitahu polis yang Cox telah menyerang anak perempuannya secara seksual daripada hubungan sebelumnya.

Cox menjalani hukuman penjara sembilan bulan sebelum dibebaskan atas ikat jamin.

Selepas bebas, dia membeli senjata dan memecah masuk ke rumah Kim Cox yang menetap bersama dua anak lelaki dan anak perempuan mereka.

Selepas menembak bekas isterinya, Cox menyerang anak perempuan tirinya secara seksual di hadapan ibunya yang sudah mati. – AFP