Lelaki bunuh isteri guna ular dipenjara seumur hidup

NEW DELHI, 13 OKT – Seorang lelaki India yang menggunakan ular tedung dan ular kapak untuk membunuh isterinya telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup hari ini dalam apa yang pendakwa gelar kes ‘paling luar biasa’.

Sooraj Kumar telah melepaskan ular kapak berbisa, Russell ke atas isterinya, Uthra yang mengakibatkannya dimasukkan ke hospital hampir dua bulan, kata pendakwa.

Apabila dia sudah sembuh di rumah orang tuanya, suaminya berusia 28 tahun itu mengambil ular tedung daripada pemiliknya dan membaling ular itu kepada isterinya yang sedang tidur.

Patukan ular berbisa itu telah membunuh wanita berusia 25 tahun tersebut. Uthra dari keluarga berada namun sebaliknya pula suaminya yang hanya pekerja bank.

Orang tua wanita itu berasa sangsi kemungkinan Sooraj cuba untuk mengambil alih hartanya selepas kematiannya. – AFP