BANGKOK, 8 Februari 2007 – Seorang lelaki buta Thai meminta bantuan polis untuk mengesan seorang wanita yang didakwanya mencuri dompetnya di hotel selepas mengatur pertemuan melalui Internet, lapor media.
Ekachai Paidung, 28, mengadu kepada polis Bangkok mengenai ‘Bo’, wanita yang ditemuinya menerusi ruang Chating yang dibangunkan untuk orang buta, lapor akhbar berbahasa Thai.
Ekachai, operator pusat talian di Bank Thai, berkata berjumpa Bo di sebuah hotel untuk memberikan khidmat seks sebagai ganjaran wang yang diberikan kepadanya, tetapi wanita itu telah melarikan dompetnya, di mana terdapat wang tunai 7,500 baht di dalamnya, semasa Ekachai berada di dalam bilik mandi hotel.
Ekachai memberitahu polis dia tidak mempunyai masalah untuk mengenal pasti wanita muda itu.
“Saya yakin saya boleh mengingati suaranya dan dia juga mempunyai bau yang kuat,” kata Ekachai kepada pihak polis.