Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Lelaki cabut batu nisan di perkuburan Islam Sibu ditahan

-

SIBU,15 OGOS – Polis menahan seorang gelandangan lelaki hari ini yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim di sini yang telah menggemparkan masyarakat Muslim di bandar ini.

Perbuatan mencabut nisan itu tular di media sosial sejak semalam apabila terdapat waris-waris yang mendakwa nisan di kubur ahli keluarga mereka telah dicabut selepas memeriksa sendiri keadaan di tanah perkuburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata pada jam 1:21 tengah hari polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang memaklumkan batu nisan kubur bapa beliau telah dicabut dari kedudukan asal.

“Hasil siasatan pihak polis, jam lebih kurang 3 petang, seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun disyaki terlibat dalam kejadian ini telah ditahan,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Bernama malam ini.

Beliau berkata suspek yang didapati mempunyai rekod jenayah itu diberkas di tanah perkuburan berkenaan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -