Lelaki ceroboh kediaman PM Kanada ditahan

OTTAWA, 3 JULAI – Polis Kanada semalam memberkas seorang anggota bersenjata tentera negara yang memasuki perkarangan estet Ottawa, tempat tinggal Perdana Menteri Justin Trudeau dan ketua gabenor negara.

Suspek ‘merempuh masuk pintu besar pejalan kaki’ ke Dewan Rideau dengan kenderaannya pada kira-kira 6:30 pagi, kata Polis Diraja Kanada dalam satu kenyataan.

Kereta tersebut rosak akibat impak, maka dia memasuki kawasan dengan berjalan kaki sebelum ‘ditahan’ oleh pegawai polis yang mengadakan rondaan.

“Individu yang ditahan oleh polis ialah anggota Angkatan Bersenjata Kanada,’ kata polis, tanpa mendedahkan identitinya. Dakwaan akan dikeluarkan kemudian.

Polis dan kementerian pertahanan Kanada berkata kedua-dua pihak sedang bekerjasama dalam siasatan tersebut.

Dewan Rideau ialah kediaman rasmi Ketua Gabenor Julie Payette. Trudeau dan keluarganya tinggal di kawasan Rideau Cottage.

“Perdana Menteri dan keluarganya, serta Ketua gabenor, tidak ada di kediaman pada masa kejadian,” kata polis.

Pagar menuju estet tidak mengalami kerosakan. – AFP

Seorang pegawai polis berjalan di depan Dewan Rideau berhampiran estet Ottawa tempat tinggal Perdana Menteri Justin Trudeau dan ketua gabenor di Ottawa, Ontario pada 2 Julai 2020. – AFP