Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Lelaki ceroboh pejabat FBI ditembak mati

-

WASHINGTON, 12 OGOS – Seorang lelaki bersenjata yang cuba menceroboh pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Cincinnati ditembak mati oleh anggota penguat kuasa pada pagi Khamis, lapor Xinhua.

Lelaki itu cuba menghindari pemeriksaan pelawat di pejabat FBI di Cincinnati, Ohio, kira-kira 9:15 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan.

Dia kemudian bertindak melarikan diri dan pegawai penguat kuasa berjaya mengesan suspek berhampiran Wilmington, Ohio. Suspek dan anggota penguat kuasa berbalas tembakan dan lelaki itu dilaporkan ‘ditembak dan maut’ di tempat kejadian.

FBI berkata pihaknya sedang ‘menjalankan siasatan mengenai insiden tembakan itu.’ Peronda Lebuh raya Negeri Ohio menerusi ciapan di Twitter memaklumkan askar dan penguat kuasa undang-undang ‘cuba berunding dengan suspek agar menyerah diri secara sukarela’.

“Apabila rundingan gagal, para pegawai cuba menahan suspek menggunakan taktik yang tidak membawa maut.

“Suspek bertindak menggunakan senjata api sehingga memaksa pegawai penguat kuasa melepaskan tembakan.

“Suspek maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” menurut pihak polis. – Bernama

Gambar diambil daripada video FOX19 menunjukkan pegawai FBI berkumpul di luar bangunan FBI di Cincinnati pada 11 Ogos 2022. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -