Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Cina disiasat jalankan pemotongan pita suara anjing

    BEIJING, 18 Sept – Seorang lelaki Cina disiasat kerana menjalankan sebuah klinik haiwan di jalanan yang menawarkan pemotongan pita suara anjing-anjing “bising” bagi sesuatu bayaran, umum pihak berkuasa setempat hari ini.

    Media China di Chengdu, ibu negeri wilayah Sichuan, mengeluarkan satu rakaman kelmarin menunjukkan aktiviti itu dijalankan yang didakwa menggunakan gunting untuk membuang pita suara anjing-anjing yang diberi ubat penenang sementara rahangnya dibuka menggunakan tali.

    Laporan Perniagaan Chengdu menyatakan bahawa individu yang mengaku dirinya doktor haiwan itu menjalankan prosedur lima minit itu pada meja di tepi jalan.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda