Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lelaki Cina lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Seorang lelaki berbangsa Cina berumur 59 tahun, Goi Soon Chong telah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai daripada Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Majlis pengislaman Goi Soon Chong yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Alex bin Abdullah Goi itu berlangsung di Kampung Bebatik, Kilanas di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat.

    Selepas pengislaman selesai dilaksanakan, majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban dan penyampaian cenderahati kepada mualaf yang diraikan sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Dakwah dan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam terus berkembang apabila seramai 450 orang dicatatkan telah memeluk agama Islam di seluruh negara pada 2022.

    Daripada jumlah tersebut, seramai 362 adalah rakyat tempatan manakala 88 orang lagi bukan tempatan.

    Majlis pengislaman Muhammad Alex dilaksanakan di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, PDI.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...