Lelaki Cina lafaz Dua Kalimah Syahadah

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 22 MEI – Seorang lelaki berbangsa Cina telah memilih agama suci Islam sebagai pegangan hidupnya setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di dewan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) cawangan Daerah Belait, hari ini.

Chong Chin Siong yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Aqeel Aryan bin Abdullah Chong @ Chong Chin Siong telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan guru agama terlatih di PDI, Awang Muhammad Nur Aisamuddin bin Muhammad Hanafi.

Turut hadir menyaksikan majlis penuh keberkatan berkenaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Liang, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dan Pembantu Kedua Unit Dakwah di Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid turut menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu berkenaan.

Dengan pengislaman berkenaan, PDI Daerah Belait mencatatkan seramai 19 orang telah memeluk agama Islam di Daerah Belait pada tahun ini, sementara itu, tahun lalu Daerah Belait mencatatkan sebanyak 64 pengislaman.

Muhammad Aqeel Aryan melafazkan ikrar pengislaman sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Haji Abdul Hamid dan Hajah Salimah. – Gambar serahan PDI Daerah Bela04