Wednesday, March 22, 2023
23.4 C
Brunei

-

Lelaki cuba seludup dadah ditahan

HANOI, 13 MEI – Pengawal sempadan Vietnam di wilayah Ha Tinh berjaya menahan seorang lelaki yang cuba menyeludup methamphetamine seberat lima kilogram, menurut laporan agensi berita Vietnam hari ini.

Lelaki yang berusia 50 tahun dari wilayah tengah Nghe An berjaya ditahan cuba menyeludup dadah dari Laos ke Vietnam pada Selasa, tambah laporan tersebut.

Dia mengakui telah diupah oleh seorang warga Laos untuk menghantar dadah ke wilayah Nghe An.

Pihak berkuasa akan menyiasat lanjut mengenai kes tersebut.

Di bawah undang-undang Vietnam, mereka yang disabit bersalah kerana menyeludup lebih 600 gram heroin atau lebih 2.5 kilogram methamphetamine boleh dijatuhkan hukuman mati. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -