Lelaki diberkas dalam serangan tikam

PARIS, 5 APRIL – Polis Perancis telah menahan suspek ketiga, seorang warga Sudan, dalam siasatan keganasan selepas satu serangan bersenjatakan pisau di kawasan tenggara negara membunuh dua orang, kata penyiasat hari ini.

Serangan pada siang hari semalam di bandar Romans-sur-Isere, berlaku semasa negara dikenakan perintah berkurung untuk membendung penularan koronavirus.

Pendakwa telah melancarkan siasatan dalam ‘pembunuhan berkaitan dengan pertubuhan pengganas’ selepas kejadian amuk di bandar yang mempunyai 35,000 penduduk. Penyerang, dikenal pasti sebagai Abdallah Ahmed-Osman, pelarian Sudan dalam umur 30an yang tinggal di bandar itu, diberkas tanpa pergelutan.

Polis kemudian menahan lelaki kedua, juga warga Sudan di rumah Ahmed-Osman, seorang kenalan penyerang, beritahu pejabat pendakwa kepada AFP hari ini.

Menurut saksi yang dipetik oleh stesen radio tempatan France Bleu Drome Ardeche, penyerang menjerit ‘Allah Akhbar’ semasa dia menikam mangsanya. – AFP