Lelaki didakwa bunuh Daniel Pearl dibebaskan

KARACHI, 24 DIS – Sebuah mahkamah daerah di Pakistan hari ini mengarahkan pembebasan seorang lelaki Pakistan kelahiran Britain yang didakwa dalam pembunuhan wartawan Amerika dalam 2002, Daniel Pearl, peguamnya mengatakan.

Mahkamah Tinggi Sindh menterbalikkan keputusan mahkamah tinggi Pakistan bahawa Ahmed Omar Saeed Sheikh (gambar bawah) suspek utama dalam pembunuhan Pearl, perlu terus ditahan, kata peguamnya. Sheikh dibebaskan daripada tuduhan membunuh Pearl awal tahun ini namun masih ditahan ketika keluarga Pearl merayu membantah pembebasannya.

Peguam Sheikh, Mehmood A. Sheikh yang tiada kaitan saudara dengannya, menyeru bagi pembebasan segera anak guamnya.

“Arahan penahanan digugurkan,” kata Faisal Siddiqi, peguam keluarga Pearl. Sheikh hanya akan dibebaskan sehingglah rayuan selesai, tambahnya, namun akan kembali ke penjara jika keluarga itu berjaya mengubah keputusan pembebasan.

Sheikh dijatuhkan hukuman mati dan tiga lagi yang lain dihukum penjara seumur hidup bagi peranan mereka dalam komplot itu. – AP