Lelaki didakwa ceroboh rumah

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, baru-baru ini, atas dakwaan menceroboh rumah dengan tujuan mencuri.

Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu mengarahkan Mohammad Nazri bin Hashim, 35, ditahan reman sehingga 30 November bagi membolehkan siasatan lanjut pihak polis.

Mohammad Nazri dipercayai telah menceroboh sebuah rumah di Kampung Lumapas A untuk melakukan curi pada pagi 25 November 2019.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali dengan dibantu Pendakwa Mohammad Kamal Ariffin bin Ismail.