Lelaki didakwa miliki lebih 5kg dadah

Oleh AK Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mendengarkan kes dadah yang dijalankan secara dalam talian sebagai sebahagian daripada pelan kelangsungan operasi (BCP).

Andre Asnnaf Daneil bin Abdullah Sianong menghadapi pertuduhan memiliki 5.489kg methylamphetamine pada pukul 7:15 malam, 27 Disember 2020 di Pos Kawalan Polis Bebuloh.

Timbalan Pendakwa Raya Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh memaklumkan mahkamah bahawa barang kes masih dalam proses analisis.

Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menangguhkan kes sehingga 5 Oktober depan.