Lelaki didakwa rogol kanak-kanak 5 tahun

NEW DELHI, 6 FEB –Seorang lelaki didakwa selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dikatakan dirogol di premis kedutaan Amerika di New Delhi, menurut polis hari ini.

Lelaki berusia 25 tahun itu diberkas di kedutaan yang ketat kawalannya itu pada Ahad selepas keluarga kanak-kanak itu membuat aduan mengenai serangan seksual itu, yang dikatakan berlaku pada Sabtu di kuarters kediaman bagi kakitangan tempatan bahagian pengemasan rumah.

“Tertuduh diberkas pada Ahad sejurus selepas keluarganya membuat aduan mengenai serangan seksual itu,” pegawai penyiasat, Yogesh Kumar memberitahu AFP.

Kumar mengatakan ujian perubatan awal mengesahkan kanak-kanak perempuan itu dirogol. Lelaki itu dituduh di bawah undang-undang rogol kanak-kanak yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. –AFP