Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lelaki didakwa rogol mangsa bawah umur

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Seorang lelaki tempatan hari ini dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol remaja bawah umur yang berusia 13 tahun antara Januari sehingga Ogos di sebuah rumah pada pertuduhan pertama.

    Manakala dalam pertuduhan kedua, lelaki berusia 44 tahun itu yang dirahsiakan identitinya bagi melindungi mangsa, didakwa telah merogol mangsa di rumah sama pada 17 atau 18 Ogos.

    Setiap pertuduhan membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, dengan 12 sebatan atau lebih.

    Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid tidak merekodkan pengakuan defendan untuk memberi laluan kepada siasatan selesai.

    Mahkamah turut menangguhkan kes sehingga 7 September sementara defendan menunggu dalam reman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...