Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lelaki didakwa seludup ular sawa dalam seluar

    ALBANY, NEW YORK, 7 OKT – Seorang lelaki Bandar New York telah didakwa menyeludup tiga ekor ular sawa Burma dalam seluarnya di lintasan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Kanada.

    Calvin Bautista, 36, dituduh membawa ular tersembunyi itu ke dalam bas yang menyeberangi utara New York pada 15 Julai 2018. Pengimportan ular sawa Burma dikawal oleh perjanjian antarabangsa dan juga peraturan persekutuan yang menyenaraikannya sebagai “berbahaya kepada orang ramai. ”

    Bautista, daripada Queens, telah dihadapkan pada Selasa di Albany atas pertuduhan menyeludup persekutuan dan dibebaskan sementara menunggu perbicaraan, menurut kenyataan akhbar dari pejabat Peguam AS Carla B. Freedman.

    Satu kenyataan e-mel meminta komen telah dihantar kepada peguam Bautista.

    Pertuduhan tersebut membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda AS$250,000, menurut pendakwa persekutuan. – AP 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...